Tapak-Tapak Ramsar



TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI

Menara Pemerhati
Mercu Tanda


Dewan Sri Tanjung


Info Galeri


Kedai Cenderahati



Kaunter Tiket






Jeti Memancing


Kompleks Pelawat



 FAKTA RINGKAS :
Fakta Asas
Huraian
Pewartaan
Pengisytiharaan
Digazetkan sebagai  TNJ pada 26 Februari 2004
Diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar di Negeri Johor pada 31 Januari 2003
Rujukan : PW 2344 dan No. Sijil 1289
Keluasan
Kawasan meliputi 325 hektar manakala kawasan Ramsar 526 hektar
Rujukan : PW 2344 dan No. Sijil 1289
Kedudukan Geografi
Terletak pada kedudukan 01° 16'U 103° 31' T dan dikenali 'Penghujung  Selatan Tanah Besar Benua Asia'.
Rujukan : RAMSAR Conservation Programme
Kepentingan & Fungsi
1.         Habitat bagi flora dan fauna
2.        Penampan angin dan ombak
3.        Perangkap sampah sarap
Sejarah
Merupakan sebahagian daripada hutan bakau Sungai Pulai yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Ciri-Ciri Ekologi
Huraian
Klasifikasi Hutan
Hutan Bakau Pesisir Pantai
Flora
Hutan bakau dan dataran lumpur Tg. Piai  didominasi oleh 20 spesis bakau asli dan 9 spesis bakau berkaitan. Di bahagian menghadap laut di tumbuhi oleh komuniti Avicennia-Sonneratia. Manakala di bahagian menghadap daratan didominasikan oleh Rhizophora-Bruguiera
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Terdapat lima spesies Bruguiera ditemui di Tanjung Piai dan antara spesies yang jarang ditemui Berus mata buaya (B. hainesii) dan Tumu putih (B. sexangula). Terdapat juga spesies yang mempunyai nilai konservasi yang  tinggi seperti R. x lamarckii, Xylocarpus rumphii dan Ceriops decandrat
(Shoreline Management Plan Vol 1, 2010).
Fauna
Dengan keluasan yang kecil Tanjung Piai mempunyai bilangan spesies fauna yang tinggi; antaranya ketam bakau, labah-labah, memerang, kelawar, monyet, kera, ikan belacak, burung dan serangga. Antara haiwan terancam yang terdapat disini dan disenaraikan didalam senarai IUCN 2000 seperti kera (Macaca nemestrina) dan monyet (Macaca fascicularis) dan burung; Pacat Bakau (Pitta megarhyncha), Sambar biru bakau (Cyornis rufigastra), Murai Bakau (Pachycephala grisola)
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010).

Avifauna
Terdapat 49 spesies burung telah direkodkan dari Tanjung. Piai, antaranya spesies yang bergantung spenuhnya kepada tanah lembap seperti Kedidi Kaki Merah (Tetanus tringa), Kedidi (Xenus cinereus), Raja Udang (Todirhamphus chloris), Bangau (Egretta garzetta), Puchong Kelabu (Ardea cinerea), Taringting (Charadrius peronii) dan Puchong Kecil (Butorides striatus).

Semasa air pasang, burung air  telah direkodkan hinggap di punggur mati Soneratia alba di sepanjang pinggir bakau. Burung botak yang secara global terancam boleh diperhatikan di sekitar Tanjung. Piai. Kaji selidik Management Plan for Mangroves of Johor, 1999 menyatakan terdapat 50 individu burung botak di kawasan ini, dimana ia mewakili 1% populasi dunia.  

Kawasan ini penting sebagai kawasan persingahan burung-burung air, antaranya; Taringting/Malaysian plover (Charadrius peronii), Rapang Pisau Raut (Eurynorhynchus pygmeus) dan Camar Cina berjambul (Sterna bernsteini) dan spesies penting yang direkodkan di kawasan ini adalah tiga burung pemangsa, iaitu Helang Merah (Haliastur anna), Helang Tiram (Pandion haliaetus), dan Helang lebah (Spilornis cheela)
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010; Pelan Pengurusan Johor Ramsar site, 2006).

Mamalia
Sejumlah 7 spesies mamalia telah dilaporkan dari Tg. Piai, 3 spesies primat iaitu Beruk (Macaca nemestrina), Monyet (Macaca fascicularis) dan Lotong cekong (Trachypithecus annah s). Spesies mamalia besar yang  sering dilihat adalah Babi hutan (Sus scrofa).
(Management Plan Johor Ramsar Site, 2006).

Herpetofauna
Hanya satu spesies amfibia,  katak pemakan ketam (Rana cancrivora), dilaporkan dari Tanjung Piai. Dokumen Management Plan Johor Ramsar  Site, 2006, melaporkan  tujuh spesies reptilian iaitu, empat (4) cicak dan tiga (3) ular. Ini termasuk mengkarung (Lygosoma bowringii), Biawak (Varanus salvalor), Ular Bakau (Boiga dendrophila), Ular tedung (Naja sumatrana) dan Ular Tedung Selar (Ophiophagus annah).
(Management Plan Johor Ramsar Site, 2006).

Hidupan Marin
Terdapat  beberapa spesies ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti Siakap (Lates calcarifer), Jenahak (Lutjanus argentimaculatus and L.johni), Senangin (Polynemus indicus, Eleutheronema tetradactylum), Gerong (Megalops cyprinoides), Bawal putih (Pampus argenteus) dan Gerut-gerut (Pomadasys hasta). Spesies ikan lain yang biasa ditemui ialah ikan sembilang (Arius spp.),  Ikan Keli (Plotosus spp.), Belanak (Liza spp.) dan Jewfish / sciaenids.

Kehadiran spesies ikan dan udang yang banyak menyokong bahawa Tanjung. Piai penting sebagai kawasan mencari makan dan membiak  hidupan marin terutamanya di Selat Johor.  Kuala-kuala sungai yang kecil merupakan tempat perlindungan utama bagi anak ikan dan udang bagi memastikan bekalan ikan mencukupi.
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010; Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).
Daya Tarikan Eko Pelancongan
Huraian
Sumber semulajadi
1.          Merupakan hutan pesisir pantai dan dataran lumpur.
2.         Kemudahan pelawat seperti jeti, mercu tanda, pelantar pejalan kaki  dan  dataran  penghujung benua Asia.                                                                                                               
Komuniti Setempat
Huraian
Masyarakat tempatan
Terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India yang tinggal di Mukim Serkat, Tanjung Piai                                                                                  




 TAMAN NEGARA JOHOR PULAU KUKUP


Pusat Penerangan Pelawat


Info Galeri

Jeti Utama




Pelantar Pejalan Kaki



Menara Pemerhati
Jambatan Gantung




Arboretum



Menyusuri Sungai Ular



Plot Bakau





            FAKTA RINGKAS :

Fakta Asas
Huraian
Pewartaan
Pengisytiharaan
Digazetkan sebagai  Taman Negara Johor pada 27 Mac 1997
Diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar di Negeri Johor pada 31 Januari 2003 (No. 1287)
Keluasan
647.5 hektar
Kedudukan Geografi
Terletak pada kedudukan 01° 19'U 103° 25' T
Kepentingan & Fungsi
Berikut adalah objektif utama kawasan ini digazetkan:-
1.      Pulau Kukup telah dikenal pasti sebagai IBA (Important Bird Area) di Malaysia bagi persinggahan burung hijrah.
2.  Mewakili ekosistem Pulau bakau yang jarang ditemui dan diancam kepupusan.
3.    Tempat pembiakan dan perlindungan hidupan liar terancam iaitu  Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau
4.      Sumber perikanan dan akuakultur
5.      Sumber makanan untuk hidupan laut
Sejarah
  • Pada tahun 1970, Pulau Kukup adalah kawasan Hutan Simpan di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan dan diuruskan bagi tujuan  hutan pengeluaran untuk penghasilan arang kayu.
  •  Pekan Kukup merupakan pusat pentadbiran Pontian pada tahun 1878.

Ciri-Ciri Ekologi
Huraian
Klasifikasi Hutan
Hutan Paya Bakau
Flora
Pulau Kukup didominasikan oleh spesies bakau asli dan bakau berkaitan terutamanya daripada famili Rhizophoracea and Avicennia. Lebih kurang 47 spesies bakau telah direkodkan, terdiri dari 29 Genera dan 23 famili. 35 spesies di antaranya adalah Bakau Asli iaitu mewakili 92.1 % spesies bakau di Malaysia. Rekod penting adalah spesies hybrid R.xlamarckii (spesies sterile diantara R.stylosa dan R.apiculata), Xylocarpus rumphii, Aegiceras floridum dan Ceriops decandra.

Di bahagian tengah pulau didominasi oleh tumbuhan seperti Nibong, Nipah, Rotan, kelapa, Ara and Piai
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010).
Fauna
Pulau Kukup kaya dengan kepelbagaian fauna walaupun saiznya kecil. Pulau ini didiami oleh beberapa spesies terancam dibawah CITES Appendik II seperti Keluang (Pteropus vampyrus), Memerang (Lutra perspicillata), Babi janggut  (Sus barbatus), Babi Hutan (Sus Scrofa) dan Monyet (Macaca fascicularis).
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010).

Burung
Pulau Kukup merupakan kawasan yang kaya dengan burung pesisir pantai. Inventori pada tahun 1999 merekodkan pelbagai jenis burung pesisir pantai disekitar kawasan ini dan dianggarkan mewakili 20% populasi burung di Malaysia.
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010).


Pulau Kukup sebagai tempat persinggahan penting bagi burung-burung hijrah antaranya Kedidi Pisau Raut (Numenius phaeopus), Kedidi Kaki Merah (Tringa totanus), Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) and Kedidi (Actitis hypoleucos) yang sering kelihatan pada bulan September hingga Februari. Pemerhatian burung-burung pemangsa berhijrah ke Indonesia  seperti Helang Lebah (Pernis ptilorhyncus) di antara bulan September dan Disember.
(Johor  Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Populasi Burung Botak (Leptoptilos javanicus) telah direkodkan di Pulau Kukup. Burung ini sering kelihatan mencari makanan di kawasan dataran lumpur dan dipercayai membiak di pulau ini.

Mamalia 
Terdapat 7 spesies mamalia direkodkan di pulau ini. Populasi Monyet (Macaca fascicularis) adalah yang paling tinggi serta mudah ditemui. Dua spesies kelawar iaitu Keluang (Pteropus vampyrus) dan Kelawar Buah (Wacroglossus minimus) mendiami kawasan ini. Tikus (Rattus tiomanicus) yang mudah membiak  merupakan haiwan  pemangsa kepada spesies ular dan burung pemangsa. Babi Hutan (Sus scrofa) dan Babi  Janggut (Sus barbatus) juga sering berkeliaran. Terdapat 2 spesies mamalia pemangsa iaitu Musang Pandan (Paradoxurus hermaphroditus) dan Memerang Licin (Lutra perpicillutu).
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Herpetofauna
Terdapat 5 spesies Reptilia antaranya Mengkarung (Vurunus salrutor) dan Buaya (Crocodile porosus), Ular Air (Cerberus ryhnchops), Ular Kapak (Trimeresurus purpureornaculatus) dan spesies ular yang lain iaitu (Boiga clenclrophila)
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Komuniti Marin
Pulau Kukup menyediakan tempat berteduh dan membiak kepada hidupan marin seperti udang, ikan dan ketam. Pulau ini juga menyediakan  perlindungan kepada perusahaan akuakultur di sepanjang selat dari angin dan ombak kencang.
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Kawasan dataran lumpur kaya dengan hidupan bentik iaitu 64 spesies. Antara spesies mempunyai nilai komersial seperti  tiram (Crassotrea sp.) dan Kerang (Inadara granosa) yang dikutip oleh penduduk tempatan untuk kegunaan domestik. Terdapat 5 spesies ketam iaitu Macropthalmus sp., Uca triangularis, Sesarma dussurnieri, Metopograpsus latifrons and Diogenes Diogenes.
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010)
Daya Tarikan Eko Pelancongan
Huraian
Sumber semula jadi
1.        Merupakan pulau bakau yang tidak berpenghuni
2.        Kemudahan pelawat seperti laluan pejalan kaki, jeti, menara pemerhati dan jambatan gantung.
Komuniti Setempat
Huraian
Masyarakat Tempatan
Terdapat beberapa kampung berhampiran pulau Kukup iaitu Kampung Air  Masin dan Kukup laut yang dihuni oleh kaum Cina, manakala kaum Melayu di Kampung Melayu. Kebanyakan komuniti di sini bekerja sebagai nelayan, pengusaha sangkar ikan dan mengusahakan perusahan hiliran berasaskan sumber laut seperti restoran makanan laut, pembuatan belacan dan cencalok.





 TAPAK RAMSAR SUNGAI PULAI







            FAKTA RINGKAS :

Fakta Asas
Huraian
Pengisytiharaan
Diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar di Negeri Johor pada 31 Januari 2003
Keluasan
Kawasan meliputi 9, 126 hektar
Kedudukan Geografi
Terletak pada kedudukan 01° 23'U 103° 32' T merupakan kawasan hutan bakau terbesar di Johor.
Kepentingan & Fungsi
Sungai Pulai penting:-
1.        Merupakan blok kawasan hutan paya bakau terbesar di Johor dan hutan bakau 'riverine' yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
2.        Kawasan tadahan banjir dan menstabilkan pinggir pantai.
3.        Sumber kepada penghasilan arang, akuakultur dan eko-pelancongan.
Sejarah
Kawasan Sungai Pulai ini merupakan kawasan perhutanan komersial dan  aktiviti pembalakan bakau sejak tahun 1928.
Ciri-Ciri Ekologi
Huraian
Klasifikasi Hutan
Hutan Paya Bakau 'Riverine'
Geologi
Tanah lumpur
Flora
Sungai pulai merupakan habitat bagi 24 bakau asli dan 21 spesies bakau berkaitan dan mewakili 84 % spesies bakau di Malaysia.

Hutan Bakau Sungai Pulai boleh dikategorikan kepada 4 jenis vegetasi.

Hutan Avicennia
Spesis awal yang mendominasikan kawasan lembangan sungai pulai menghadap ke laut. Antara spesisnya Avicennia alba (Api-api putih), Avicennia marina (Api-api jambu), Avicennia officianalis and Sonneratia alba (Perepat).

Hutan Rhizophora-Bruguiera
Mendominasikan keseluruhan  kawasan hutan simpan Sungai Pulai. Antara spesiesnya Rhizophora apiculata (Bakau minyak), Rhizophora mucronata, Bruguiera cylindrica (Berus), Bruguiera parviflora and Ceriops tagal (Tengar). Spesies yang jarang ditemui dan endemik di Malaysia iaitu Avicennia lanata (Api-api bulu), ditemui menghadap Selat  Johor.

Hutan Luminitzera-Scyphiphora
Terdapat di kawasan antara hutan Rhizophora-Bruguiera dan hutan bakau darat. Spesies seperti Lumnitzera littorea and Scyphiphora hydrophyllacea (Cingam), Acrostichum aureum and Acrostichum speciosum (Paku Piai) mendominasikan kawasan ini. Kawasan air tawar pula didominasikan oleh Nypa fruticans (Nipah).

Hutan Bakau darat
Terdapat di kawasan sepadan hutan bakau dan kawasan pertanian. Antara spesisnya Hibiscus tiliaceus (Bebaru), Cerbera odollam (Pong-pong), Podocarpus polystachyus (Podo laut), Intsia bijuga (Merbau ipil), Planchonella obovata (Menasi), Trema corymbosa, Calamus erinaceus (Rotan bakau) dan Oncosperma tigillarium (Nibong).
Fauna
Sungai Pulai kaya dengan kepelbagaian fauna yang bergantung hidup sepenuhnya di habitat bakau. Sungai Pulai adalah kawasan konservasi penting kerana menyediakan ruang mencari makan, tempat tinggal dan kawasan pembiakan. Antara spesis penting yang telah disenaraikan di dalam IUCN  Red List adalah 7 amfibia, 12 reptilia, 55 burung, 26 mamalia dan 111 burung.
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010).

Avifauna
55 spesies burung yang bergantung hidup kepada habitat bakau telah direkodkan di Sungai Pulai seperti  Pacat Bakau (Pitta megarhyncha), Mangrove Blue Flycatcher (Cyornis rufigastra), dan Mangrove Whistler (Pachycephala grisola). Pokok-pokok bakau yang tinggi dikawasan menyediakan tempat bersarang bagi burung Pucung (Ardea cinerea), Helang merah (Haliastur ndus), Helang siput (Haliaeetus leucogaster), Pucong (Egretta garzetta), Helang lebah (Spilornis holospilus) dan Burung botak (Leptoptilus javanicus).

Berikut adalah spesies burung hijrah yang direkodkan di Sungai Pulai seperti Great White Egret (Ardea alba), Pacific Golden Plover (Pluvialis fulva), Common Greenshank (Tringa nebularia), Common Kingfisher (Alcedo atthis) dan  Black-capped Kingfisher (Halcyon pileata).
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010; Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Mamalia
26 spesies mamalia telah direkodkan di kawasan Sungai Pulai, diwakilli oleh 15 famili dan 8 order.

Herpetofauna
Berdasarkan rekod Danced Projek Dokumen No 5 1989 terdapat 12 spesies reptilian antaranya Buaya (Crocodylus porosus), Biawak (Varanus salvator), (Bronchocela cristatella) dan mengkarung (Wabuva multifasciata) 8 spesies ular telah direkodkan seperti Ular sawa (Python reticulates), Ular katam batu (Bungarus fasciatus), Ular tedung (Naja naja) dan Ular kapak (Trimeresurus purpureomaculatus) yang bergantung hidup di habitat bakau. 7 spesies katak telah direkodkan di kawasan Sungai Pulai seperti  (Rana cancrivora).
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).

Komuniti Marin
Kawasan dataran lumpur Sungai Pulai kaya dengan hidupan marin seperti ketam, udang dan siput antaranya Telescopium spp. and Cerithidea.
(Johor Ramsar Site's Management Plan, 2006).
Terdapat juga beting yang ditumbuhi oleh rumput laut terutamanya  dikawasan Tanjung Adang. Kawasan rumput laut ini kaya dengan hidupan marin seperti ikan dan udang. Berdasarkan iventori yang dijalankan terdapat; 111 spesies ikan, 22 spesies siput, 3 spesies ketam, dan 15 spesies udang. Antara spesis yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi adalah Epinephalus tauvina (Grouper), Lates calarifer (Sea Bass or Giant Sea  Perch), Lutjanus argentimaculatus dan L. johnii (Snappers), Polynemus indicus dan Eleutheronoma tetradactylum (Threadfins), Pampus argenteus (Pomfret) dan Pomadasys hasta (Gerut-gerut). Semua spesies udang disini mempunyai nilai ekonomi.
(Environmental Planning Blueprint Vol 2, 2010 ).
Daya Tarikan Eko-Pelancongan
Huraian
Sumber semulajadi
Hutan Paya Bakau 'Riverine' terbesar di Semenanjung Malaysia.
Komuniti Setempat
Huraian
Masyarakat tempatan
Masyarakat Seletar sekitar Kampung Simpang Arang, masyarakat Melayu  orang asli dan Cina sekitar kampung Bakar batu, Kampong Peradin.

No comments:

Post a Comment