Flora & Fauna



FLORA DI TAPAK RAMSAR NEGERI JOHOR


1)    Api-Api Ludat 

Spesies              : Avicennia officianalis
Famili               : Avicenniaceae
Pokok                : Renek atau sederhana besar setinggi 20m
Kulit                   : Coklat kemerahan dan licin semasa pokok kecil, coklat kekelabuan bila pokok tua.
Kegunaan        : Kayu api, buahnya boleh dimakan.

  • Sering ditemui di hutan paya bakau menghala ke daratan, terutamanya di sepanjang tebing sungai yang sentiasa dilanda air pasang surut dan di kuala sungai. 
  • Spesies ini mengeluarkan garam laut yang jelas kelihatan di atas permukaan daun.






2)    Api-Api Putih 

Spesies              : Avicennia alba
Famili               : Avicenniaceae
Pokok                : Sederhana besar sehingga 20m tinggi
Kulit                   : Kelabu gelap (hitam bila basah) dan agak licin dan terdapat puru-puru halus.
Kegunaan       : Kayu api untuk mengasap ikan atau getah, buah direbus dan boleh dimakan.

  • Tumbuh di kawasan lumpur lembut dan kawasan yang dibanjiri air masin. 
  • Buahnya bercambah semasa masih berada di pokok dan buah ini mempunyai cangkuk yang halus di hujung bagi membolehkannya berpaut pada akar pernafasan dan lumpur lembut.






3)    Api-Api Bulu 

Spesies              :  Avicennia rumphiana
Famili               :  Avicenniaceae
Pokok                :  Kecil atau sederhana besar sehingga 20m tinggi
Kulit                   : Coklat gelap kehitaman, berpuru halus atau licin
Kegunaan       : Dibuat kayu api atau dibakar untuk mengasapkan ikan atau getah.

  • Dikenal pasti melalui daun dan buahnya yang berbulu. 
  • Permukaan daun yang berbulu ini membolehkan ia menyimpan air dengan memerangkap lapisan penebat udara dan mengurangkan kehilangan air.




4)    Perepat

Spesies              :  Sonneratia alba
Famili               :  Sonneratiaceae
Pokok                :  Sederhana besar 
Kulit                   :  Kelabu, hitam manis, beretak-retak 
Kegunaan       :  Bahan binaan, kayu api, terompah, pelampung atau gabus.

  • Biasa dijumpai di tanah berlumpur atau berpasir terutama di kawasan terlindung dan kawasan yang sering dilanda air pasang. 
  • Semasa muda, kulit perepat diselaputi lapisan minyak yang melindungi dirinya dari kehilangan air dan dimakan oleh binatang. 
  • Berbunga pada waktu malam. 
  • Agen pendebungaan bagi pokok ini ialah kelawar yang menghisap madu bunga perepat.
  • Menjadi habitat untuk kunang-kunang (Pteroptyx tener) yang sering dilihat berkelip pada waktu malam seperti di sepanjang Sungai Selangor.





5)    Bakau Minyak

Spesies              :  Rhizophora apiculata
Famili               :  Rhizophoraceae
Pokok                :  Sederhana besar sehingga 20m
Kulit                   :  Berwarna kelabu, hampir licin dan merekah sedikit.
Kegunaan       :  Kayu api, arang kayu, bahan binaan dan balak, kulitnya menghasilkan tannin.

  • Spesies ini tumbuh di atas tanah berlumpur yang lembut dan sering dibanjiri air pasang. 
  • Biasanya mendominasi hingga 90 peratus dari keseluruhan hutan bakau. 
  • Pertumbuhan yang agak perlahan tetapi berbunga sepanjang tahun.







6)    Bakau Kurap

Spesies              :  Rhizophora mucronata 
Famili               :  Rhizophoracea
Pokok                :  Sederhana besar sehingga 15m tinggi
Kulit                   :  Berwarna hitam dan beretak-retak
Kegunaan       :  Kayu api, arang kayu dan kulit menghasilkan tannin. Daun direbus dan diminum oleh wanita lepas bersalin, akar boleh diminum untuk mengubati cirit-birit.

  • Spesies ini tumbuh secara berkumpulann di kawasan tebing sungai, di muara sungai atau suak yang kerap dilanda air pasang surut. 
  • Spesies ini adalah antara spesies yang mendominasi hutan bakau.






7)    Bakau Putih

Spesies              :  Bruiguiera cylindrica
Famili               :  Rhizophoracea
Pokok                :  Sederhana besar sehingga 20m tinggi. Berbanir dan berakar berbentuk lutut.
Kulit                   :  Licin, berparut-parut warna kelabu dan isi berbau maung
Kegunaan       :  Kayu api, kayu balak, cerucuk bangunan. Buah muda dimakan sebagai sayur atau diperam selepas direbus. Kulit mengeluarkan bau yang boleh menghalau ikan.

  • Spesies ini tumbuh di belakang zon api-api. 
  • Ia boleh tumbuh di kawasan lumpur baru yang tidak sesuai untuk pertumbuhan bakau lain serta dapat meningkatkan kesuburan tanah.
  • Pneumotofor (akar pernafasan) berbentuk lutut mempunyai sistem ruang udara yang berfungsi sebagai tempat menyimpan udara semasa air pasang. 
  • Pneumatofor diselaputi lentisel (ruang udara) yang membolehkan udara masuk.







8)    Tumu Merah

Spesies              :  Bruiguiera gymnorhiza
Famili               :  Rhizophoracea
Pokok                :  Sederhana besar sehingga 15m tinggi. Berbanir dan berakar berbentuk lutut.
Kulit                   :  Warna kelabu, hampir licin dan merekah sedikit
Kegunaan       :  Kayu api, arang kayu dan cerucuk bangunan. Kulit menghasilkan tannin untuk mencelup kain atau jaring. Buah boleh dimakan.

  • Spesies bakau ini tumbuh di kawasan yang agak kering, bersaliran baik, kawasan panas dan teduh. 
  • Ia juga boleh didapati di kawasan pedalaman hutan bakau yang lebih tinggi kedudukannya dari paras air pasang.



9)    Lenggadai

Spesies              :  Bruiguiera parviflora
Famili               :  Rhizophoracea
Pokok                :  Sederhana besar sehingga 15m tinggi. Berbanir dan berakar berbentuk lutut.
Kulit                   :  Licin, berparut-parut dan berwarna kelabu
Kegunaan       :  Kayu api, kayu pancang, cerucuk bangunan, tunas boleh dimakan, kulit mengeluarkan bau yang boleh menghalau ikan.

  • Lenggadai mempunyai ciri istimewa iaitu kebolehannya menyimpan garam di dalam daun. 
  • Apabila daun tersebut tidak dapat menyimpan garam lagi, ia akan gugur dari pohon. 
  • Daun ini boleh diumpamakan sebagai tong sampah, disingkirkan apabila penuh. 
  • Serangga seperti rama-rama adalah agen pendebungaannya.






10)    Tengar

Spesies              :  Ceriops tagal
Famili               :  Rhizophoracea
Pokok                :  Kecil dan sederhana besar
Kulit                   :  Berwarna kuning atau krim, bertompok-tompok dan berparut
Kegunaan       :  Bahan binaan, kayu api dan tannin, bahan untuk menyamak dan mencelup kain atau jaring.

  • Sering ditemui di kawasan hutan bakau yang kerap dilanda air pasang surut. 
  • Mudah tumbuh di tanah yang bersaliran baik.





11)    Nyireh Batu

Spesies              :  Xylacarpus moluccensis
Famili               :  Meliaceae
Pokok                :  Sederhana besar hingga setinggi 15 meter
Kulit                   :  Tebal dan berwarna hitam manis atau kelabu, licin dan mengelupas.
Kegunaan       :  Kayu api, perabot dan bot. Kulit menghasilkan tannin untuk mencelup dan mewarnakan kain. Akar direbus dan diminum airnya bagi mengubati penyakit taun dan cirit-birit.

  • Pokok ini meluruhkan daunnya satu atau dua kali dalam setahun. 
  • Kesemua daun pada pokok akan bertukar menjadi kuning dan akan gugur (luruh). 
  • Beberapa hari kemudian daun baru akan tumbuh disertai dengan bunga. 
  • Proses ini berlaku berulang hingga pokok tersebut mati. 
  • Apabila kita lihat satu batang pokok Nyireh Batu tidak berdaun, pokok itu sebenarnya bukan mati, tetapi telah meluruhkan daunnya.




12)    Nyireh Bunga

Spesies              :  Xylacarpus granatum
Famili               :  Meliaceae
Pokok                :  Sederhana besar hingga setinggi 15 meter
Kulit                   :  Berwarna kelabu cerah, kekuningan atau kehijauan, licin dan mengelupas kertas.
Kegunaan       :  Kayu api, perabot dan bot

  • Spesies ini boleh dijumpai di kawasan persisiran pantai dan juga kawasan tebing sungai yang sering dilanda air pasang surut.







13)    Piai Lasa

Spesies              :  Acrostic speciosum
Famili               :  Pteridaceae
Kegunaan       :  Pucuk  muda boleh dibuat sayur, batang pelepah dibuat tali, akar ditumbuk untuk buat ubat luka, daunnya untuk menghenti pengaliran darah.

  • Spesies ini sering dijumpai di bahagian pinggir bakau di kawasan yang jarang sampai air pasang.
  • Daun berpelepah hingga 2 meter panjang, anak daun 15 cm panjang.
  • Pucuk muda / tunas baru berwarna hijau muda dan sedikit kemerahan.
  • Tumbuhan ini membiak melalui spora yang disebar angin atau haiwan.











FAUNA DI TAPAK RAMSAR NEGERI JOHOR


1)    Berongan 

Spesies              :  Telescopium telescopium
Famili               :  Potamididae
Ciri-ciri            :  Boleh ditemui di kawasan dataran berlumpur dan kawasan yang sering dilanda air pasang surut.

  • Merupakan sejenis siput yang bercengkerang besar sehingga 10 cm panjang atau lebih dan berbentuk kon. 
  • Hidup dengan memakan alga dan detritus. 
  • Siput berongan mempunyai mata pallial.







2)    Lokan 

Spesies              : Polymesoda expansa
Famili               : Corbiculidae
Ciri-ciri            : 

  • Lokan mempunyai cengkerang berwarna kuning kecoklatan dan berbentuk seperti mata kapak. 
  • Cengkerangnya terdiri daripada dua bahagian melengkung yang bercantum unik kerana lokan berjalan membelah bumi. 
  • Sukar dilihat dengan mata kasar kerana ia tertimbus di dalam lumpur. 
  • Hidup dengan memakan bahan organik.





3)    Siput Mata Merah 

Spesies                      : Cerithidea obtusa
Famili                       : Potamididae
Ciri-ciri                    :

  • “Mata Merah” atau “chut-chut” adalah salah satu spesies siput yang biasanya dijual di pasaraya sebagai makanan laut. 
  • Biasanya ia akan di rebus (masak) selepas bahagian hujung cengkerang (apex) di potong kemudian barulah boleh dimakan (disedut). 
  • Mata merah adalah unik dimana ia mempunyai mata pallial ditengah-tengah mantelnya (cengkerang). 
  • Mata merah mempunyai sepasang mata pada sesungutnya. 
  • Mempunyai mata ketiga yang tidak diketahui fungsinya. 
  • Berkemungkinan ia digunakan semasa mata merah sedang rehat. 






4)    Belangkas

Spesies       : Carcinoscorpius rotundicauda
Famili        : Limulidae
Ciri-ciri     : Digelar “fosil hidup
                      •           Boleh mencapai panjang sehingga 40cm
                      •           Pembangkai, juga memakan hidupan kerang
                      •            Jantan lebih kecil daripada betina
                      •           Penghasilan telur yang banyak 
                      •           Telson (ekor) digunakan untuk membetulkan badannya bila  terbalik dan bukan sebagai senjata. 



5)    Ketam Pepanjat

Spesies               : Episesarma versicolor
Famili                : Sesarmidae
Ciri-ciri             : 

  • Semasa air pasang, ketam pepanjat mudah dilihat. 
  • Ketam ini memanjat sekadar melepasi paras air pasang. 
  • Spesies ini boleh dilihat memanjat di atas tumbuhan dan tiang-tiang pelantar pejalan kaki.
  • Ketam ini memanjat untuk mengelak daripada dimakan oleh musuh terutama sekali semasa air pasang, tetapi semasa air surut ketam ini menjadi makanan kepada burung, biawak air dan juga memerang.






6)    Ketam Nipah

Spesies               : Scylla olivacea
Famili                : Portunidae
Ciri-ciri             : 

  • Spesies ketam bakau yang bersaiz besar, berwarna kehijauan dan spesies ketam bakau yang berenang. 
  • Selepas mengawan ketam nipah betina akan berhijrah ke laut terbuka bersama telur-telur yang dikendong di abdomennya sejauh 30 meter. 
  • Ketam betina akan kembali setelah telur-telur ini menetas. 
  • Ketam jantan pula merupakan penunggu setia lubang-lubang di kawasan hutan bakau.







7)    Ketam Rerama

Spesies              : Thalassina anomala
Famili               : Thalassinidae
Ciri-ciri            :  

  • Ia merupakan spesies udang karang besar, panjang dan berwarna kemerahan. 
  • Hidup di dalam tanah dan membentuk terowong berbentuk U sehingga 2m dan terdapat timbunan tanah seperti gunung berapi. 
  • Keadaan ini membantu pengudaraan tanah dan berfaedah kepada tumbuhan bakau lain.
  • Ia aktif di waktu malam dan memakan tanah bagi mendapatkan sumber nutrien.  






8)    Ketam Rebab

Spesies              : Uca sp.
Famili               : Ocypodidae
Ciri-ciri            : 

  • Boleh dijumpai di kawasan hutan bakau atau pun tepi pantai. 
  • Ketam jantan mempunyai sepit yang besar dab sepit kecil, dimana sepit besar digunakan untuk mempertahankan diri manakala sepit kecil digunakan untuk makan.
  • Ketam rebab tidak suka hidup di dalam air. 
  • Apabila air pasang, ketam berada di dalam lubang yang dibuatnya dan mengeluarkan buih oksigen dari dalam tanah.








9)    Ikan Sumpit

Spesies              : Toxotesjaculatrix
Famili               : Toxotidade
Ciri-ciri            : 

  • Ikan Sumpit terkenal dengan kemampuannya menyumpit jatuh serangga dan haiwan kecil yang bertenggek di daun atau akar pokok bakau. 
  • Toxotes bermaksud "sang pemanah" atau "pemanah". 
  • Ikan ini berbadan panjang dan leper. 
  • Selain itu, corak badannya mirip kepada kawasan persekitarannya menjadikan ia lebih sukar untuk dikesan dan membolehkannya bersembunyi di bawah bayang-bayang pokok bakau.
  • Ikan sumpit mempunyai cara yang unik untuk menangkap mangsanya. 
  • Ia makan serangga yang berada di atas permukaan air dan juga serangga yang bertenggek berdekatan dengan permukaan air. 
  • Spesies ini menyumpit serangga dengan menggunakan air untuk menjatuhkan serangga sebagai mangsanya.





10)    Ikan Belacak


Spesies              : Periopthalmodon schlosseri
Famili               : Gobiidae
Ciri-ciri            : 

  • Merupakan haiwan yang menarik dan mudah ditemui di kawasan hutan paya bakau. 
  • Bukan amfibia tetapi ikan yang mempunyai sirip dan insang. 
  • Boleh menyesuaikan diri dengan perubahan habitat. 
  • Ia boleh bernafas pada jangka masa yang lama di dalam air, bergerak di permukaan dataran lumpur dan memanjat pada batu dan kayu.
  • Mempunyai mata periskop yang boleh memfokuskan pandangan persekitarannya, di atas dan di permukaan air. 
  • Kedua-dua belah matanya boleh melihat 360 darjah.