Konvensyen Ramsar


Apakah nama rasmi Konvensyen?
Konvensyen Tentang Tanah Lembap Yang Berkepentingan Antarabangsa terutamanya sebagai habitat unggas air


Apakah nama lain bagi Konvensyen tersebut?
Konvensyen Tentang Tanah Lembap
Konvensyen Ramsar


Bila dan di manakah perjanjian itu per tama kali diterima?
2 Februari 1971 di bandar Ramsar, Iran


Bilangan Pihak Pejanji (Setakat Februari 2011)
160 negara


Bilangan tapak Ramsar di seluruh dunia (Setakat Februari 2011)
1,916


Jumlah keluasan permukaan tapak yang ditetapkan (hektar) (Setakat Februari 2011)
186,993,4 45 hektar


Bilakah Malaysia menandatangani Konvensyen tersebut?
10 November 1994


Bilakah Malaysia meratifikasikan Konvensyen tersebut?
10 Mac 1995


Berapa banyakkah tapak Ramsar yang terdapat di Malaysia?
Tasik Bera (1994)
Pulau Kukup (20 03)
Sungai Pulai (20 03)
Tanjung Piai (20 03)
Taman Negara Tanah Lembap Kuching (20 05)
Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama (20 08)


Apakah itu tanah lembap?
  • Tanah lembap menyediakan  kemudahan ekologi yang asas dan adalah pengatur rejim air dan sumber biodiversiti pada semua peringkat – spesies, genetik dan ekosistem.
  • Tanah lembap adalah jendela kepada interaksi antara budaya dan kepelbagaian  biologi.
  • Tanah lembap mengandungi sumber dengan nilai ekonomi, saintifik dan rekreasi yang tinggi bagi masyarakat dunia. Pencerobohan dan kehilangan tanah lembap yang semakin teruk mengakibatkan kerosakan serius yang kadangkala tidak dapat dipulihkan kepada penyediaan ekosistem. 
  • Tanah lembap harus dikembalikan dan dipulihkan,  bila mana mungkin.
  • Tanah lembap harus dipulihara dengan memastikan penggunaan yang bijak.
Mengikut Perkara 1.1 Konvensyen Ramsar, tanah lembap ditakrifkan sebagai “kawasan paya, rawa,tanah gambut atau kawasan berair, sama ada secara semula jadi atau buatan manusia, bersifat kekal atau sementara, dengan air yang tergenang atau mengalir, air tawar payau atau masin, termasuk kawasan perairan laut yang kedalamannya tidak melebihi enam meter semasa air surut ”.


Apakah penggunaan bijak tanah lembap?

Penggunaan bijak tanah lembap adalah pengekalan ciri- ciri ekologi mereka yang dicapai melalui pelaksanaan mengguna pakai pendekatan ekosistem , dalam konteks pembangunan mampan. ”Intipati falsafah Ramsar adalah berkonsepkan “penggunaan bijak”. Peruntukan penggunaan bijak Konvensyen adalah terpakai, sejauh mungkin, kepada semua ekosistem tanah lembap. Pilihan masyarakat wujud dalam peningkatan kesejahteraan manusia dan pengurangan kemiskinan, yang bergantung pada pengekalan manfaat / kegunaan ekosistem. Tekanan untuk mengikuti kaedah pembangunan mampan dan mengekalkan kemampanan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam keputusan penggunaan tanah menggalakkan kompromi (keseimbangan) antara kepentingan individu dan kolektif. Mengikut Konvensyen Ramsar, “penggunaan bijak tanah lembap adalah pengekalan ciri-ciri ekologi mereka, dicapai melalui pelaksanaan pendekatan ekosistem, dalam konteks pembangunan mampan”.


Apakah misi Konvensyen Ramsar?
Misi Konvensyen Ramsar adalah “pemuliharaan dan penggunaan bijak semua tanah lembap melalui tindakan peringkat tempatan, wilayah dan kebangsaan dan kerjasama antarabangsa, sebagai sumbangan ke arah pencapaian pembangunan mampan di seluruh dunia”. Konvensyen Ramsar menggunakan takrif yang luas mengenai jenis tanah lembap dalam skop misinya, yang meliputi paya, rawa, tasik dan sungai, padang rumput, tanah gambut lembap, oasis, muara, delta, dataran pasang surut, kawasan marin dekat pantai, bakau,terumbu karang dan tapak buatan manusia seperti kolam ikan, sawah padi, empangan serta kematu garam. 


Siapakah Pihak Berkuasa Pentadbiran Ramsar (R A A) di Malaysia?
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).


Siapakah ber tanggungjawab bagi CEPA (Komunikasi, Pendidikan, Penyertaan dan Kesedaran) Ramsar Kebangsaan di Malaysia?
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah ber tanggungjawab bagi CEPA Ramsar  untuk Kerajaan manakala Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) pula merupakan pihak bertanggungjawab bagi CEPA Ramsar mewakili NGO di Malaysia.